Scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Advertisement

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sudut Teraputik

Hari ini dalam sejarah hehe


salam alhamdulillah dalam melalui ibadah puasa ini ahli PRS dan rakan-rakan 5Sc 2 telah melakukan kerja amal dengan membersihkan sudut UBK terutama bahagian kerjaya dan informasi. Selain itu, usaha mereka dalam memastikan bilik sentiasa dalam keadaan kondusif amatlah dihargai. Moga Allah sahaja yang membalas jasa mereka

Good luck kepada semua yang menghadapi peperiksaan.

Teknik Akhir Menjelang Peperiksaan

Salam..
kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan
tak kiralah peperiksaan PMR or SPM (UPSR dah mula hari ini goodluck pada semua) di sini disertakan tips yang boleh dikongsi bersama menjelang raya opss peperiksaan la..ok tips pertama
1. Buat Semakan terhadap keputusan percubaan yang lepas
Tujuan adalah untuk mengenalpasti kelemahan dalam subjek2 tertentu. Hal ini membantu kita untuk lebih fokus dalam memperbaiki keputusan sebelum peperiksaan sebenar.
2. Buat Latihan secara sistematik
Tujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap bab2 yang susah. Oleh itu, ia membantu kita untuk lebih bersedia dalam menjawab nanti.
3. Perbanyakkan amal ibadah '
Tujuan untuk menambah keberkatan dalam menuntut ilmu
4. Jaga Hubungan dengan ALLAH, dengan ibu bapa dan guru dan sesama manusia
5. Sambung di lain hari

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Salam..saya mewakili Pembimbing Rakan Sebaya SMK Dato' Seri Maharaja Lela mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam. Semoga tahun ini kita dapat laksanakan ibadah dengan sebaik mungkin bagaikan ia Ramadhan terakhir bagi kita semua..Jadi kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR sama2lah kita berusaha agar memperoleh keputusan yang cemerlang insya Allah..Chaiyok2 Gambateh hait!

Renung-renungkan

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Makcik pun menari poco-poco
Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.
Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.
Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.
Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.
Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Kisah Kalkatu

KALKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.
MORAL & IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat . Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.

PERBEZAAN OTAK LELAKI DAN OTAK PEREMPUAN..

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mere
ka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Panduan Cara Mohon Hajat Ditunaikan

Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini.

Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nya):

  • Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
  • Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
  • Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
  • Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
  • Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita.

Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI.

Semoga dapat amal.

Rahsia DiSebalik Warna - Kenali watak melalui warna

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

  1. MERAH
  2. HIJAU
  3. KUNING
  4. BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

  • MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

  • BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

  • KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

  • HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

  • KELABU & HITAM

1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

  • COKLAT & UNGU

1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

ARAHKAN MINDA SUPAYA JADI BERSEMANGAT

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”
Misalnya,
“Aku mahu bersemangat hari ini”
“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”
“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”
Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.
Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.
Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.
Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, saya mengamalkan teknik ini setiap hari, di setiap sesi latihan renang, tiap kali berbasikal dan setiap kali menulis blog motivasi.
Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!!